KORANG BOLEH PILIH BOARD YANG KORANG SUKA IAITU PILIHAN ANTARA DIATAS DAN DIBAWAH.
laman web cinta akademi fantasia 2
FORUM AKADEMI FANTASIA
Sunday, February 06, 2005
Ah Chunnyaa: Ingin tampil konsep ‘world music’
Ah Chunnyaa: Ingin tampil konsep ‘world music’
Bersama Zahid AF2
SALAM sejahtera buat semua pembaca setia Metro Ahad. Sejak minggu lalu jadual Zahid memang padat dengan latihan untuk menjayakan Road Tour Akademi Fantasia 1 dan 2 di 10 lokasi terpilih di seluruh negara, bermula 12 Februari ini.
Jika nak diikutkan, memang Zahid tak cukup rehat kerana terpaksa berkejar ke sana ke mari, tetapi semua itu Zahid lupakan semata-mata untuk memenuhi permintaan peminat.
Minggu ini Zahid ingin bercerita mengenai album baru dan konsep yang ingin ditampilkan. Perkara ini sering ditanya peminat setiap kali Zahid bertemu mereka di mana-mana lokasi persembahan.
Buat pengetahuan semua, pembikinan album sulung Zahid masih dalam proses pengumpulan material dan memang mengambil sedikit masa untuk disiapkan.
Zahid juga perlu bijak membahagikan masa untuk pembikinan album penuh ini kerana jadual seni Zahid memang padat, termasuk memenuhi undangan menyanyi bersama pelajar AF2 lain di seluruh negara.
Secara peribadi, Zahid memang teruja sangat menantikan album sulung ini menjengah pasaran, sekaligus menjadi bingkisan terbaik daripada Zahid khas untuk semua peminat di seluruh negara.
Zahid dijangka mula berkurung di studio rakaman untuk pembikinan album itu dalam jangka masa terdekat ini.
Maaf, Zahid tidak boleh bercerita secara terperinci mengenainya kerana semuanya di bawah pengurusan Maestro kerana mereka bertanggungjawab menguruskan semuanya untuk album Zahid.
Konsep album juga ditetapkan pihak Maestro. Zahid difahamkan, semuanya masih dalam proses perbincangan. Sebenarnya, rangkaian lagu yang akan dimuatkan dalam album itu sudah ada, tetapi Zahid belum ada kesempatan untuk mendengarnya lagi.
Jika boleh, Zahid ingin tampil dengan konsep ‘world music’ dan album yang diterima pelbagai lapisan masyarakat. Itu penting buat Zahid kerana Zahid tidak ingin muzik Zahid diterima hanya segelintir golongan.
Zahid juga berharap album penuh ini bakal mengetengahkan sentuhan komposer baru dalam industri muzik tanah air. Inilah masanya kita memberi peluang kepada komposer muda tanah air, sekaligus menonjolkan kelainan dalam industri muzik kita.
Zahid memang teringin bekerjasama dengan kumpulan popular seperti Ruffedge dan VE dalam pembikinan album baru Zahid. Selain itu, Zahid ingin berjinak-jinak dan mengembangkan bakat dalam penciptaan lagu.
Dalam kesibukan jadual seni yang padat, Zahid mencuri-curi masa buat dua lagu, satu rancak dan satu perlahan. Zahid sedar bukan mudah menjadi komposer, tetapi tidak salah untuk belajar sesuatu yang baru kerana Zahid memang meminati bidang seni.
Jika diterima, Zahid ingin lagu itu dimuatkan dalam album penuh ini.
Namun, terpulang kepada pihak Maestro untuk memutuskannya.
Pada pandangan Zahid, seseorang artis perlu diberi peluang menyumbang idea untuk pembikinan album mereka dan tidak hanya mengikut kehendak syarikat rakaman 100 peratus.
Zahid juga difahamkan, Maestro masih mencari konsep sesuai untuk album Zahid kerana ramai peminat Zahid adalah remaja. Album dihasilkan juga perlu menepati cita rasa golongan itu, tanpa mengetepikan peminat daripada golongan dewasa.
Mengikut perancangan, album penuh Zahid mengandungi 10 lagu dan single terbaru Zahid iaitu Milikku yang sudah menjengah pasaran juga boleh didapati dalam album baru itu.
Insya-Allah, jika berjalan seperti dijadualkan, album Zahid bakal menjengah pasaran Mac ini. Diharap peminat juga mendoakan semoga ia siap seperti dijadualkan.
Buat permulaan, Zahid mempertaruhkan single pertama gubahan Cat Farish dan Azan Addin (Ruffedge) itu untuk semua peminat dan sekurang-kurangnya lagu berjalur hip hop yang santai ini mampu mengubat kerinduan semua.
Kepada peminat yang belum memiliki album kompilasi Evo 04 (1) yang turut menampilkan graduan AF2 lain seperti Zarina, Mas dan Farah, jangan lupa membelinya.
Sekian buat masa ini. Jika ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan, Zahid mohon ribuan kemaafan daripada semua. Jumpa lagi minggu depan.
TIADA apa yang diinginkan oleh Vince atau Vincent Chong Ying-Cern, 25, dan Jaclyn Joshua Thanaraj Victor atau Jac menjelang Hari Krismas yang bakal menjelang dua hari lagi.Bagi Vince dan Jac, hadiah paling bermakna yang diidamkan ialah berkumpul bersama seluruh ahli keluarga pada hari itu.
Justeru pada 25 Disember ini, kedua-dua juara, Akademi Fantasia 1 (Vince) dan Malaysian Idol (Jac) tidak mahu terikat dengan mana-mana persembahan.
Kata Vince cukuplah pengalaman tahun lalu sewaktu diundang mengadakan persembahan di Brunei. Sebab itu, awal-awal lagi pada tahun ini Vince meminta kakaknya, Vanessa yang juga pengurusnya agar tidak menerima sebarang tawaran menjelang Krismas
.
``Pada saya, Krismas adalah masa untuk bersama keluarga. Wang bila-bila masa boleh cari. Lagipun hari baik sebegitu hanya setahun sekali,'' kata Vince yang turut berbelanja besar untuk keluarga meraikan Krismas.
Bagi Jac, 26, tahun ini sahaja dia tidak diundang mengadakan persembahan pada malam sambutan Krismas. Katanya, sepanjang lima tahun menyanyi di kelab sebelum ini, dia sering tidak berpeluang bersama keluarga.
``Waktu itu, saya minta ibu datang ke hotel tempat saya menyanyi dan kami sama-sama sambut Krismas. Macam tahun lalu, saya sambut Krismas di Pulau Pinang. Tidak kira di mana saya sambut krismas, asalkan ibu bersama, saya sudah rasa cukup gembira,'' katanya yang amat mengagumi ketabahan ibunya membesarkan mereka adik beradik. Bapanya meninggal dunia ketika usianya 10 tahun.
Sempena Krismas ini juga Vince dan Jac akan muncul dalam program muzikal A Malaysian Christmas Story yang akan disiarkan pada pukul 11.30 pagi, TV2 pada Sabtu ini.
Dalam program tersebut, selain menyanyi mereka juga akan berlakon bersama-sama Dayang Nurfaizah, Vick (Malaysian Idol) Marcell, Emmel dan ramai lagi.
Vince juga bercadang untuk mengundang rakan-rakan dan tenaga pengajar Akademi Fantasia ke rumahnya pada 26 Disember ini.
Sementara bagi Jac pula, Krismas kali ini lebih bermakna kerana dia akan meraikannya bersama teman lelakinya.
``Sepatutnya kami sambut Krismas di United Kingdom sebab lepas Malaysian Idol, saya ingat dapat cuti panjang. Tapi disebabkan banyak program, saya terpaksa lupakan cuti yang telah dirancang,'' jelasnya.
Jac yang idamkan kereta Mini Cooper itu berkata, sejak menjadi juara Malaysian Idol, aktiviti seninya terlalu padat.
Menurut Jac, dia tidak sangka perlu menjalani rutin sebegitu sehingga menyebabkan dia tidak berpeluang santai bersama rakan-rakannya lagi.
Namun, Jac tidak kesal dengan apa yang dilalui, sebaliknya dia kini teruja untuk menyertai World Idol.
Katanya, itulah peluang untuknya menonjolkan diri sebagai wakil Malaysia dan bersaing dengan peserta-peserta dari negara lain.
Dia yang muncul dengan album sulung berjudul Gemilang berkata, walaupun rutin hidupnya berubah namun dia tetap seperti dulu.
``Saya sentiasa ingat pesan ibu, bersyukur dengan apa yang ada kerana segala yang diberi boleh hilang dalam sekelip mata sahaja,'' katanya .
Sementara Vince yang masih mempunyai kedua ibu bapa itu berkata, dia akan berusaha keras untuk membahagiakan mereka.
Kata Vince, walaupun ibu bapanya tidak pernah meminta balasan tapi sebagai anak, dia ingin membalas jasa mereka.
ANGIN bertiup kencang apabila baru-baru ini bintang Akademi Fantasia 2, Zahid didakwa mengulangi kesilapan lama, tidak menghormati atau sombong terhadap peminat dan rakan wartawan yang cuba mendekati dirinya.
Biarpun pihak Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) sebelum ini pernah berjanji bahawa Zahid akan berubah, namun keadaan yang berlaku itu seolah olah memperlihatkan dia seorang yang 'tak makan saman'! Sejauh manakah kebenarannya?
MASA tu ramai sangat peminat, Zahid pula ditempatkan di coffee house. Tapi, peminat tak dibenarkan masuk. Cuma ada dua, tiga orang yang terlepas masuk. Apabila dah ada peminat, Zahid layan ajelah. Zahid salam peminat macam biasa dan bagi Zahid tak ada apa-apa yang berlaku masa tu...
Tak ada peminat yang minta Zahid bergambar dengan mereka Zahid tolak. Dia orang nak tandatangan autograf pun Zahid layan. Tak benar apabila ada yang mendakwa Zahid tak layan peminat.
Sebenarnya majlis pada petang itu tidak ada sesi bintang AF bertemu peminat, tapi apabila ada pemina tyang terlepas masuk, mungkin committee majlis berkenaan, Zahid layan mereka seperti biasa. Tapi,Zahid perasan ada orang nak jumpa Zahid, nak ambil gambar. Namun,Zahid minta diri sekejap sebab Zahid nak ke bilik air, tapi apabila Zahid kembali, orang tu dah tak ada...
Bukanlah salah Zahid apabila ramai peminat tak dapat jumpa Zahid. Seperti yang Zahid katakana tadi, majlis berkenaan tidak ada sesi khas bertemu peminat. Mungkin disebabkan keadaan itu, ramai peminat tidak berpeluang menemuiZahid.
Zahid tahu, ramai peminat yang tak dapat jumpa, tapi Zahid nak buat macam mana sebab Zahid terikat dengan atur cara yang padat. Tapi, dalam masa sama jika ada peminat yang terserempak dengan Zahid, Zahid layan dan Zahid tak pernah membelakangkan mereka.
Mungkin ada peminat yang datang dari jauh, lepas tu tak ada peluang bertemu Zahid, mungkinmereka berasakan diri tidak dihargai dan menceritakan situasi berkenaan kepada kawan-kawannya, seterusnya terlepas ke pengetahuan wartawan.
Bagi Zahid, apa yang berlaku pada majlis DRB-Hicom itu adalah satu salah faham dan Zahid tidakseperti yang mereka sangka. Zahid sentiasa berusaha memenuhi permintaan peminat mahupun teman wartawan, namun jika ada batasan, Zahid tak mampu berbuat apa-apa...
Baru Zahid sedar apa yang diperkatakan dalam tabloid harian baru-baru ini, ditujukan kepadaZahid. Tapi, terus terang Zahid katakan, semasa Zahid menghadiri majlis hari raya Astro bersama pelanggan di Holiday Villa, Subang tempoh hari, Zahid tak pernah buat muka boring depan peminat atau pelanggan Astro.
Zahid sepatutnya duduk di meja yang menempatkan pelanggan Astro, tapi masa tu orang dah ramai datang dan ada pula krew BeatTV nak interview. Zahid terpaksa minta diri sebab nak jumpa mereka (krew Beat TV). Pun begitu, sebelum beredar Zahid sempat tanda tangan autograf untuk dua, tiga orang peminat. Tapi, taklah semua, sebab ramai sangat masa tu.
Tapi, dakwaan yang mengatakan Zahid buat muka boring, mengeluh selepas tanda tangan autograf mereka, bagi Zahid keadaan itu tak pernah berlaku. Buat muka boring tu tak adalah, tapi kalau buat lawak, iyalah (ketawa). Malam tu perasaan Zahid cukup gembira dapat bertemu pelanggan Astro, ditambah pula dengan kehadiran anak-anak yatim, takkanlah Zahid sanggup buat muka boring…
Bukan nak kata Zahid letih nak buat muka boring tapi Zahid memang okey masa tu,tak ada apa-apa masalah cuma Zahid perlu memenuhi interview Beat TV. Andai kata Zahid nak buat muka boring, Zahid takkan buat depan orang ramai, lebih-lebih depan peminat. Zahid perlu jaga hati pelanggan Astro mahupun peminat kerana mereka inilah yang mengundi Zahid.
Zahid tetap Zahid. Zahid di atas pentas, apabila di bawah bersama peminat, tak akan berubah. Zahid seorang yang ceria dan suka buat lawak. Mungkin apa yang berlaku pada majlis berkenaan, sekali lagi salah faham sesama peminat dan terus disampaikan kepada wartawan dengan dakwaan Zahid boring dan mengeluh apabila bertemu peminat. Tapi, percayalah Zahid terlalu menghargai peminat...
Zahid difahamkan, ada wartawan yang mendakwa, semasa Zahid menghadiri sidang media Konsert Lambaian Akhir Aidilfitri di Dewan Perdana Felda tempoh hari, Zahid bersalaman dengan peminat kecil tanpa memandang mukanya,sebaliknya sibuk berSMS (Khidmat PesananRingkas). Tambah dakwaan itu, selepas bersalaman (tak pandang muka), Zahid terus sambung SMS. Okey, Zahid akan terangkan keadaan sebenar...
Jika ada sebarang sidang media, interview, show ke, Zahid serahkan handphone kepada PA (pembantu peribadi).Jika ada SMS sekalipun, apabila sedang bekerja, Zahid tak balas SMS tu, sebaliknyaZahid off handphone dan beri kepada PA.Mungkin apa yang berlaku ketika sidang media itu, jika PA Zahid tak ada, Zahid akan letak handphone dalam silent mode.
Tapi, insiden yang mengatakan ada peminat kecil datang bersalaman denganZahid dan Zahid tak pandang muka dia,Zahid tak ingat sama ada ia berlaku atau sebaliknya. Tapi, apa yang pasti, jika Zahid menghadiri apa-apa majlis atau sidang media, Zahid tak pegang handphone.Lazimnya apabila Zahid bersalaman dengan peminat atau dengan sesiapa sekalipun, mesti pandang muka orang tu, kalau tak pandang, kurang ajar tu...Tambahan pula jika yang datang bersalam dengan Zahid tu kanak-kanak kecil, lagilah Zahid layan sebab tak mahu menghampakan mereka. Justeru, apa yang didakwa wartawan berkenaan, sebenarnya tak pernah berlaku.
Bagi Zahid, dalam ketiga-tiga kejadian yang diceritakan kepada Zahid sebentar tadi, hakikatnya Zahid tak pernah buat seperti yang didakwa peminat mahupun wartawan sendiri. Sebenarnya kita tak boleh memuaskan hati semua pihak.
Pun begitu, apabila Zahid bersama peminat dan wartawan, ada ketikanya Zahid cuai ataupun terleka. Sebagai manusia, Zahid takboleh elak perkara itu dari berlaku.
Mungkin Zahid melakukan kesilapan yang Zahid sendiri tak ingat. Zahid dah jumpa macam-macam orang, kadangkadang tu Zahid terleka, layanan yang macam mana Zahid berikan kepada mereka.
Namun, Zahid terasa apabila ada wartawan menulis, “... mungkin ini didikan keluarga di rumah...” Seolah-olah keluarga tak didik Zahid. Mak Zahid menangis baca tulisan tu. Zahid cakap pada mak, biarlah, dia orang (wartawan) buat kerja, yang penting Zahid tak buat seperti mana yang mereka tulis.
Mungkin kesilapan sendiri, Zahid tak nampak, orang lain yang memerhatikan kita. Tapi, Zahid cuba jadi diri sendiri, macam mana Zahid dulu sebelum juara AF2. Mak Zahid selalu pesan, mana-mana Zahid pergi, jangan sesekali lupa diri.
Zahid sedang belajar memperbaiki diri untuk jadi yang terbaik. Pun begitu, di atas segala salah faham, jika Zahid pernah melukakan hati peminat dan wartawan kerana kesilapan yang tidak disedari, Zahid terleka, Zahid mohon banyak-banyak maaf. Terima kasih juga kepada peminat dan rakan media yang banyak beri sokongan serta tolong Zahid selama ini.
Zahid gemuk? (ketawa) Zahid memang berat (ketawa lagi). Selepas keluar AF2, memang berat badan Zahid bertambah. Satu, Zahid suka makan coklat, lepas tu kurang senaman, masa nak main bola sepak dah tak macam dulu. Tapi, apabila dah ada rungutan peminat, Zahid akan cuba kurangkan makan, terutama makan malam. Tetapi makan roti canai pun boleh jadi gemuk!”
KERJAYA Adam dalam bidang seni semakin berkembang sejak memenangi tempat ketiga pertandingan realiti TV, Akademi Fantasia 2 (AF2) pada 14 Ogos lalu. Sejak saat itu, Adam menerima pelbagai undangan mengadakan persembahan bersama 11 finalis AF2 yang lain.
Adam sebenarnya tidak bersendirian aktif dalam bidang seni. Sebaliknya dia turut disertai oleh kumpulannya yang dikenali sebagai Esprit D Co (ESDCO).
Selain Adam, ESDCO turut dianggotai oleh Mohd. Syahrilzan Ag. Tahir, 21, (Ijan) dan Sabhi Saddi, 20, (Boy).
Menurut Adam atau Mohd. Aizam Mat Saman, 21, dia dan ESDCO sebenarnya sudah lama mempunyai impian untuk merakamkan album sendiri.
Namun, impian Adam itu terlaksana terlebih dahulu apabila dia menjadi artis syarikat rakaman Maestro Talent Management Sdn. Bhd., (Maestro) bersama 11 finalis AF2 selepas berakhirnya musim kedua program realiti TV itu.
Dalam kegemilangan mencapai kejayaannya itu, Adam ternyata tidak lupakan ESDCO. Impian kumpulannya itu dibawa sama apabila dia berjaya meyakinkan KRU untuk menerima ESDCO menjadi artis rakaman KRU Music Groups (KMG).
``Saya dan ESDCO akan menghasilkan album sendiri tidak lama lagi. Sejak ESDCO ditubuhkan pada 14 Julai 1998, ini adalah saat paling manis dalam hidup kami,'' kata Adam.
Jelas Adam, secara persendirian, dia menandatangani kontrak sebagai artis Maestro dan sebagai anggota ESDCO, dia mengikat kontrak sebagai artis KMG bersama Ijan dan Boy.
Bagi meneruskan kariernya dalam bidang seni, Adam bersama ESDCO akan berhijrah dari negeri kelahirannya, Sabah ke Kuala Lumpur (KL).
``Buat masa ini kami masih lagi berulang-alik dari Sabah ke KL. Di KL kami
tinggal bertiga. Ini untuk memudahkan kami aktif dalam bidang seni,'' ujar Ijan.
Menyingkap semula penubuhan ESDCO, kata Boy, kumpulannya banyak dipengaruhi oleh lagu-lagu KRU.
``Dulu sewaktu di Sabah kami selalu menyanyikan semula lagu-lagu KRU. Tetapi kali ini, tidak sangka kami menjadi artis di bawah KRU,'' kata Boy pula.
ESDCO akan muncul dengan album pertama mereka pada tahun depan.
Kepada sesiapa yang mahu menjadi penolong laman web ini bolehlah menghantar biodata anda kepada email saya iaitu:
aiman_smksi92@yahoo.com
menggunakan email adik saya..
Siapa yg tercepat dan mempunyai sebba yg baik akan diplih..
A,kum...bertemu lagi kita dalam Blog Tidak rasmi Akademi Fantasia.Kali ini Man nak tanya kat korsng semua ok tak kalau laman web ini menggabungkan Akademi Fantasia 1&2...Krang semua boleh tulis dekat tempat komen...
terima kasih
Oh... Yea.. Yea.. Yea.. Wassup? Wassup?
Breep...!! Breep...!! Farah here
Priya Fantasia are you ready?
Come on...!
Dulu tika masih belajar
Kita perlukan tunjuk ajar
Bukan untuk kurang ajar
Tentang taktik dan teknik untuk menyanyikan
Tentang erti hiburan yang menghiburkan
Ada erti sabar dan menyabarkan
Walau dimarah bukan ertinya benci
Pen yang dibaling matapun dah naik juling
Tiada niat untuk mengeji
Sesama sendiri saling bersaing
Sampai ada yang terbaring
Seperti waktu yang diberi
Perlu yakinkan diri
Setiap masa setiap hari
Kerja yang diberi harus dikenal pasti
Peranan serta perancangan
Mimik muka yang selamba
Ada maksud tersendiri
Bukan ertinya hiba
Atau ada yang kecewa
Dengan apa yang diterima jangan cepat melatah
Tunjukkan kemampuan dalam setiap gerakan
#Chorus
Kini ku telah pasti
Yakini diri ini
Untuk menempuhinya
Setelah sekian lama
Masanya telah tiba
Menggapai bintang di awan biru
Senda gurauan antara teman
Riang tawa dan tangisan hanya bisa berkawan
Bukannya bercintan, yang tahu guna bahasa kiasan
Pasti ada hukuman
Terjatuh sampai tergolek
Hingga terseret
Jangan tergelak atau melalak
Depan kamera pun ada yang menangis
Sambil menjerit
Jangan bikin kecoh, satu negara dah heboh
Oh ooi!
Afundi dah masuk, banyak poket tinggal habuk
Macam-macam ada, Pak Abas pun setuju
Bukan nak raih sempati
Ada yang kesian ada tak mengerti
Macam-macam gelagat dapat dilihat
Ada yang “Mesra…” Ada yang “Okey” dan “Breep…!! Breep…!!”
Apa-apapun kita ucapkan terima kasih
Pada cikgu-cikgu, pada semua pengundi
I love you so
Ahcunnya...!!