KORANG BOLEH PILIH BOARD YANG KORANG SUKA IAITU PILIHAN ANTARA DIATAS DAN DIBAWAH.
laman web cinta akademi fantasia 2
FORUM AKADEMI FANTASIA
Sunday, February 06, 2005
Ah Chunnyaa: Ingin tampil konsep ‘world music’
Ah Chunnyaa: Ingin tampil konsep ‘world music’
Bersama Zahid AF2
SALAM sejahtera buat semua pembaca setia Metro Ahad. Sejak minggu lalu jadual Zahid memang padat dengan latihan untuk menjayakan Road Tour Akademi Fantasia 1 dan 2 di 10 lokasi terpilih di seluruh negara, bermula 12 Februari ini.
Jika nak diikutkan, memang Zahid tak cukup rehat kerana terpaksa berkejar ke sana ke mari, tetapi semua itu Zahid lupakan semata-mata untuk memenuhi permintaan peminat.
Minggu ini Zahid ingin bercerita mengenai album baru dan konsep yang ingin ditampilkan. Perkara ini sering ditanya peminat setiap kali Zahid bertemu mereka di mana-mana lokasi persembahan.
Buat pengetahuan semua, pembikinan album sulung Zahid masih dalam proses pengumpulan material dan memang mengambil sedikit masa untuk disiapkan.
Zahid juga perlu bijak membahagikan masa untuk pembikinan album penuh ini kerana jadual seni Zahid memang padat, termasuk memenuhi undangan menyanyi bersama pelajar AF2 lain di seluruh negara.
Secara peribadi, Zahid memang teruja sangat menantikan album sulung ini menjengah pasaran, sekaligus menjadi bingkisan terbaik daripada Zahid khas untuk semua peminat di seluruh negara.
Zahid dijangka mula berkurung di studio rakaman untuk pembikinan album itu dalam jangka masa terdekat ini.
Maaf, Zahid tidak boleh bercerita secara terperinci mengenainya kerana semuanya di bawah pengurusan Maestro kerana mereka bertanggungjawab menguruskan semuanya untuk album Zahid.
Konsep album juga ditetapkan pihak Maestro. Zahid difahamkan, semuanya masih dalam proses perbincangan. Sebenarnya, rangkaian lagu yang akan dimuatkan dalam album itu sudah ada, tetapi Zahid belum ada kesempatan untuk mendengarnya lagi.
Jika boleh, Zahid ingin tampil dengan konsep ‘world music’ dan album yang diterima pelbagai lapisan masyarakat. Itu penting buat Zahid kerana Zahid tidak ingin muzik Zahid diterima hanya segelintir golongan.
Zahid juga berharap album penuh ini bakal mengetengahkan sentuhan komposer baru dalam industri muzik tanah air. Inilah masanya kita memberi peluang kepada komposer muda tanah air, sekaligus menonjolkan kelainan dalam industri muzik kita.
Zahid memang teringin bekerjasama dengan kumpulan popular seperti Ruffedge dan VE dalam pembikinan album baru Zahid. Selain itu, Zahid ingin berjinak-jinak dan mengembangkan bakat dalam penciptaan lagu.
Dalam kesibukan jadual seni yang padat, Zahid mencuri-curi masa buat dua lagu, satu rancak dan satu perlahan. Zahid sedar bukan mudah menjadi komposer, tetapi tidak salah untuk belajar sesuatu yang baru kerana Zahid memang meminati bidang seni.
Jika diterima, Zahid ingin lagu itu dimuatkan dalam album penuh ini.
Namun, terpulang kepada pihak Maestro untuk memutuskannya.
Pada pandangan Zahid, seseorang artis perlu diberi peluang menyumbang idea untuk pembikinan album mereka dan tidak hanya mengikut kehendak syarikat rakaman 100 peratus.
Zahid juga difahamkan, Maestro masih mencari konsep sesuai untuk album Zahid kerana ramai peminat Zahid adalah remaja. Album dihasilkan juga perlu menepati cita rasa golongan itu, tanpa mengetepikan peminat daripada golongan dewasa.
Mengikut perancangan, album penuh Zahid mengandungi 10 lagu dan single terbaru Zahid iaitu Milikku yang sudah menjengah pasaran juga boleh didapati dalam album baru itu.
Insya-Allah, jika berjalan seperti dijadualkan, album Zahid bakal menjengah pasaran Mac ini. Diharap peminat juga mendoakan semoga ia siap seperti dijadualkan.
Buat permulaan, Zahid mempertaruhkan single pertama gubahan Cat Farish dan Azan Addin (Ruffedge) itu untuk semua peminat dan sekurang-kurangnya lagu berjalur hip hop yang santai ini mampu mengubat kerinduan semua.
Kepada peminat yang belum memiliki album kompilasi Evo 04 (1) yang turut menampilkan graduan AF2 lain seperti Zarina, Mas dan Farah, jangan lupa membelinya.
Sekian buat masa ini. Jika ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan, Zahid mohon ribuan kemaafan daripada semua. Jumpa lagi minggu depan.