Oleh Zubir Mohd Yunus
ANGIN bertiup kencang apabila baru-baru ini bintang Akademi Fantasia 2, Zahid didakwa mengulangi kesilapan lama, tidak menghormati atau sombong terhadap peminat dan rakan wartawan yang cuba mendekati dirinya.
Biarpun pihak Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) sebelum ini pernah berjanji bahawa Zahid akan berubah, namun keadaan yang berlaku itu seolah olah memperlihatkan dia seorang yang 'tak makan saman'! Sejauh manakah kebenarannya?

MASA tu ramai sangat peminat, Zahid pula ditempatkan di coffee house. Tapi, peminat tak dibenarkan masuk. Cuma ada dua, tiga orang yang terlepas masuk. Apabila dah ada peminat, Zahid layan ajelah. Zahid salam peminat macam biasa dan bagi Zahid tak ada apa-apa yang berlaku masa tu...
Tak ada peminat yang minta Zahid bergambar dengan mereka Zahid tolak. Dia orang nak tandatangan autograf pun Zahid layan. Tak benar apabila ada yang mendakwa Zahid tak layan peminat.
Sebenarnya majlis pada petang itu tidak ada sesi bintang AF bertemu peminat, tapi apabila ada pemina tyang terlepas masuk, mungkin committee majlis berkenaan, Zahid layan mereka seperti biasa. Tapi,Zahid perasan ada orang nak jumpa Zahid, nak ambil gambar. Namun,Zahid minta diri sekejap sebab Zahid nak ke bilik air, tapi apabila Zahid kembali, orang tu dah tak ada...
Bukanlah salah Zahid apabila ramai peminat tak dapat jumpa Zahid. Seperti yang Zahid katakana tadi, majlis berkenaan tidak ada sesi khas bertemu peminat. Mungkin disebabkan keadaan itu, ramai peminat tidak berpeluang menemuiZahid.
Zahid tahu, ramai peminat yang tak dapat jumpa, tapi Zahid nak buat macam mana sebab Zahid terikat dengan atur cara yang padat. Tapi, dalam masa sama jika ada peminat yang terserempak dengan Zahid, Zahid layan dan Zahid tak pernah membelakangkan mereka.
Mungkin ada peminat yang datang dari jauh, lepas tu tak ada peluang bertemu Zahid, mungkinmereka berasakan diri tidak dihargai dan menceritakan situasi berkenaan kepada kawan-kawannya, seterusnya terlepas ke pengetahuan wartawan.
Bagi Zahid, apa yang berlaku pada majlis DRB-Hicom itu adalah satu salah faham dan Zahid tidakseperti yang mereka sangka. Zahid sentiasa berusaha memenuhi permintaan peminat mahupun teman wartawan, namun jika ada batasan, Zahid tak mampu berbuat apa-apa...
Baru Zahid sedar apa yang diperkatakan dalam tabloid harian baru-baru ini, ditujukan kepadaZahid. Tapi, terus terang Zahid katakan, semasa Zahid menghadiri majlis hari raya Astro bersama pelanggan di Holiday Villa, Subang tempoh hari, Zahid tak pernah buat muka boring depan peminat atau pelanggan Astro.
Zahid sepatutnya duduk di meja yang menempatkan pelanggan Astro, tapi masa tu orang dah ramai datang dan ada pula krew BeatTV nak interview. Zahid terpaksa minta diri sebab nak jumpa mereka (krew Beat TV). Pun begitu, sebelum beredar Zahid sempat tanda tangan autograf untuk dua, tiga orang peminat. Tapi, taklah semua, sebab ramai sangat masa tu.
Tapi, dakwaan yang mengatakan Zahid buat muka boring, mengeluh selepas tanda tangan autograf mereka, bagi Zahid keadaan itu tak pernah berlaku. Buat muka boring tu tak adalah, tapi kalau buat lawak, iyalah (ketawa). Malam tu perasaan Zahid cukup gembira dapat bertemu pelanggan Astro, ditambah pula dengan kehadiran anak-anak yatim, takkanlah Zahid sanggup buat muka boring…
Bukan nak kata Zahid letih nak buat muka boring tapi Zahid memang okey masa tu,tak ada apa-apa masalah cuma Zahid perlu memenuhi interview Beat TV. Andai kata Zahid nak buat muka boring, Zahid takkan buat depan orang ramai, lebih-lebih depan peminat. Zahid perlu jaga hati pelanggan Astro mahupun peminat kerana mereka inilah yang mengundi Zahid.

Zahid tetap Zahid. Zahid di atas pentas, apabila di bawah bersama peminat, tak akan berubah. Zahid seorang yang ceria dan suka buat lawak. Mungkin apa yang berlaku pada majlis berkenaan, sekali lagi salah faham sesama peminat dan terus disampaikan kepada wartawan dengan dakwaan Zahid boring dan mengeluh apabila bertemu peminat. Tapi, percayalah Zahid terlalu menghargai peminat...
Zahid difahamkan, ada wartawan yang mendakwa, semasa Zahid menghadiri sidang media Konsert Lambaian Akhir Aidilfitri di Dewan Perdana Felda tempoh hari, Zahid bersalaman dengan peminat kecil tanpa memandang mukanya,sebaliknya sibuk berSMS (Khidmat PesananRingkas). Tambah dakwaan itu, selepas bersalaman (tak pandang muka), Zahid terus sambung SMS. Okey, Zahid akan terangkan keadaan sebenar...
Jika ada sebarang sidang media, interview, show ke, Zahid serahkan handphone kepada PA (pembantu peribadi).Jika ada SMS sekalipun, apabila sedang bekerja, Zahid tak balas SMS tu, sebaliknyaZahid off handphone dan beri kepada PA.Mungkin apa yang berlaku ketika sidang media itu, jika PA Zahid tak ada, Zahid akan letak handphone dalam silent mode.
Tapi, insiden yang mengatakan ada peminat kecil datang bersalaman denganZahid dan Zahid tak pandang muka dia,Zahid tak ingat sama ada ia berlaku atau sebaliknya. Tapi, apa yang pasti, jika Zahid menghadiri apa-apa majlis atau sidang media, Zahid tak pegang handphone.Lazimnya apabila Zahid bersalaman dengan peminat atau dengan sesiapa sekalipun, mesti pandang muka orang tu, kalau tak pandang, kurang ajar tu...Tambahan pula jika yang datang bersalam dengan Zahid tu kanak-kanak kecil, lagilah Zahid layan sebab tak mahu menghampakan mereka. Justeru, apa yang didakwa wartawan berkenaan, sebenarnya tak pernah berlaku.
Bagi Zahid, dalam ketiga-tiga kejadian yang diceritakan kepada Zahid sebentar tadi, hakikatnya Zahid tak pernah buat seperti yang didakwa peminat mahupun wartawan sendiri. Sebenarnya kita tak boleh memuaskan hati semua pihak.
Pun begitu, apabila Zahid bersama peminat dan wartawan, ada ketikanya Zahid cuai ataupun terleka. Sebagai manusia, Zahid takboleh elak perkara itu dari berlaku.
Mungkin Zahid melakukan kesilapan yang Zahid sendiri tak ingat. Zahid dah jumpa macam-macam orang, kadangkadang tu Zahid terleka, layanan yang macam mana Zahid berikan kepada mereka.
Namun, Zahid terasa apabila ada wartawan menulis, “... mungkin ini didikan keluarga di rumah...” Seolah-olah keluarga tak didik Zahid. Mak Zahid menangis baca tulisan tu. Zahid cakap pada mak, biarlah, dia orang (wartawan) buat kerja, yang penting Zahid tak buat seperti mana yang mereka tulis.
Mungkin kesilapan sendiri, Zahid tak nampak, orang lain yang memerhatikan kita. Tapi, Zahid cuba jadi diri sendiri, macam mana Zahid dulu sebelum juara AF2. Mak Zahid selalu pesan, mana-mana Zahid pergi, jangan sesekali lupa diri.
Zahid sedang belajar memperbaiki diri untuk jadi yang terbaik. Pun begitu, di atas segala salah faham, jika Zahid pernah melukakan hati peminat dan wartawan kerana kesilapan yang tidak disedari, Zahid terleka, Zahid mohon banyak-banyak maaf. Terima kasih juga kepada peminat dan rakan media yang banyak beri sokongan serta tolong Zahid selama ini.
Zahid gemuk? (ketawa) Zahid memang berat (ketawa lagi). Selepas keluar AF2, memang berat badan Zahid bertambah. Satu, Zahid suka makan coklat, lepas tu kurang senaman, masa nak main bola sepak dah tak macam dulu. Tapi, apabila dah ada rungutan peminat, Zahid akan cuba kurangkan makan, terutama makan malam. Tetapi makan roti canai pun boleh jadi gemuk!”
(Sumber: Berita Harian)